Friday, July 3, 2009

Majlis Menaikkan Bendera 2009

Pada 1hb July 2009 bersamaan 8 Rejab 1430,pagi Rabu diadakan satu majlis yang bersejarah iaitu Majlis Menaikkan Bendera (Mukim Lamunin) bagi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam Balai Raya Dataran Gong Tiga.

Dengan itu semua penduduk Mukim Lamunin dialu-alukan hadir ke majlis tersebut,dan guru-guru Sekolah Rendah Lamunin juga di jemput supaya sama-sama meraihkan majlis tersebut.

Tetamu kehormat majlis itu ialah Pg Bakhtiar bin Pg Hj. Ibrahim,Pegawai Pentadbir,Jabatan Daerah Tutong.Majlis bermula sebaik sahaja tetamu kehormat hadir kira- kira pada pukul 11.15 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah oleh iman Haji Abu Bakar bin Hj. Tengah kemudian penyampaian bendera oleh tetamu kehormat kepada penghulu Mukim Lamunin. Majlis menaikkan bendera diiringi dengan lagu kebangsaan. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat dan jemputan dijemput untuk menikmati jamuan.