Monday, April 5, 2010

ICT MATHEMATICS PROJECT PRESENTATION 2010

Pada 13 Mac 2010, pertandingan peringkat akhir bagi ICT Mathematics telah di adakan. Sekolah Rendah Lamunin telah menjadi penganjur bagi pertandingan ini. Tetamu kehormat pada hari itu ialah Ckg. Hajah Masni binti Duraman.

Sebanyak 16 buah sekolah rendah kawasan Tutong 1 menyertai. Saringan pertama di adakan pada 25 Februari dan saringan ke dua pada 1 Mac 2010. Empat buah sekolah berjaya memasuki ke peringkat akhir iaitu S.R. Muda Hashim, S.R. Binturan, S.R. Lamunin dan S.R Sinaut.

S.R. Binturan memenangi tempat Pertama manakala S.R. Lamunin berada tempat kedua dan S.R. Sinaut mendapat tempat ketiga.

PERLAWANAN BOLA JARING SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KAWASAN TUTONG 1.

Pada tahun ini / 2010, Sekolah Rendah Lamunin di beri kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bagi Perlawanan Bola Jaring. Perlawanan ini dijalankan selama 3 hari ( 9 Februari hingga 13 Februari ) bertempat di Kompleks Sukan Tutong. Sebanyak 16 buah sekolah rendah menyertai dan 4 buah sekolah berjaya mara ke peringkat akhir.

Peringkat akhir di adakan pada 13 Februari dan tetamu kehormatnya, Cikgu Hj. Mohd. Shuani bin Hj. Kadir, Pegawai Pelajaran Kanan Daerah Tutong 1.

Sekolah Rendah Lamunin, telah menjadi johan bagi Perlawanan Bola Jaring kawasan Tutong 1. Naib Johan telah di sandang oleh Sekolah Rendah Sinaut manakala Sekolah rendah Bukit Panggal berada di tempat Ketiga. Sekolah Rendah Muda Hashim mendapat tempat ke-empat. Dari perlawanan ini, Siti Nurbadriah binti Jufri (S.R. Sinaut) terpilih sebagai pemain terbaik. Maya Eradiana binti Mapan (S.R. Lamunin) telah memenangi sebagai Penjaring Terbanyak.