Monday, June 29, 2009

PERASMIAN SUDUT ASEAN




Pada 15 Rabiulakhir 1430 bersamaan 11hb April 2009 Sekolah Rendah Lamunin telah mengadakan Majlis Perasmian Pembukaan sudut ASEAN. Ia telah dirasmikan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Lamunin, Cikgu Hjh.Nor’aini binti Hj. Ghazali. Objektif utamanya ialah ia dapat mendedahkan dan menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid mengenai maklumat negara- negara ASEAN dan dapat menolong guru-guru dengan menjadikannya sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran. Selain dari pameran di bilik Sudut ASEAN, aktiviti lain juga telah dijalankan seperti kuiz pada waktu pagi mengenai ASEAN.

Sunday, June 28, 2009

TAKLIMAT H1N1



TAKLIMAT H1N1

Taklimat Influenza A (H1N1) untuk guru-guru yang di adakan pada hari Sabtu, 27 Jun 2009 mengenai H1N1 yang pada masa ini semakin meningkat di Negara Brunei Darussalam.  Pihak Kementerian Kesihatan Dan Kementerian Pendidikan berkerjasama untuk memantau bagi prosedure setiap sekolah dalam mengenalpasti dan mengelakkan penyebaran jangkitan penyakit Influenza A (H1N1). Tujuan taklimat tersebut adalah persediaan untuk pemeriksaan kesihatan murid-murid yang di jalankan setiap hari yang bermula pada  29 Jun 2009.     

Pemeriksaan kesihatan dijalankan dengan memeriksa suhu badan setiap murid menggunakan thermometer yang diagihkan pada setiap sekolah.

INFO.

Jika ada penuntut yang mempunyai tanda-tanda penyakit batuk selsema +/- demam panas :-

-       Memakaikan ‘mask’/ penutup mulut kepada penuntut yang sakit.

-       Guru-guru menghubungi ibu bapa atau penjaga penuntut.

-       Guru-guru kelas akan mengisikan borang ‘influenza A (H1N1) bagi pemeriksaan lanjut. (Borang disediakan oleh Kementerian Kesihatan)

-       Menasihatkan ibu bapa atau penjaga untuk membawa anak mereka bagi mendapatkan rawatan segera di pusat-pusat kesihatan yang berdekatan.

Wednesday, June 24, 2009

Pertandingan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya.

Sebanyak 15 buah sekolah menyertai pertandingan ini yang  kendalikan bersama oleh Syarikat Minyak Shell dengan kerjasama Majlis Keselamatan Jalan Raya Jalan Raya dan Kementerian Pendidikan. Bagi sekolah –sekolah Tutong 1, pertandingan tersebut diadakan di Sekolah Pengajian, Institut Latihan, Penanjong Garison pada 14hb Mei, 2009.

Tetamu kehormatnya ialah Cikgu Junit bin Hj. Mohammad, PPKD, Tutong 1. Sekolah Rendah Lamunin telah menghantar 3 orang peserta. Peserta yang mengikuti pertandingan ini ialah murid dari tahun 4, 5 dan 6.  Sekolah Rendah Muda Hashim, Tutong 1  telah menjadi johan dan mewakili Kawasan Tutong 1 ke pertandingan di Peringkat Negara.

 

 

PERTANDINGAN KOIR ANTI DADAH


Koir Anti Dadah yang berlangsung pada 25 Jamadilawal 1430 bersamaan 20 Mei 2009 (Rabu) di Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji  Hassanal Bolkiah . SR Lamunin telah menghantar wakil untuk pertandingan ini seramai  20 orang murid (10 murid perempuan dan 10 orang murid lelaki).  Murid-murid yang dipilih untuk mewakili pertandingan tersebut ialah dari  Tahun 4 dan 5.

Lagu yang di bawakan pada pertandingan tersebit berjudul “Kerana Mu” yang di cipta sendiri oleh Ckg. Suarddy Erddy Bin Abdullah Larik dari Sekolah Rendah Lamunin sendiri dan di bantu oleh Ckg Farah Alesha Binti Join.

INFORAMA ICT 2009 ( Level 1)

Pertandingan Inforama yang berlangsung di Sekolah Menengah Rimba, Sekolah Rendah Lamunin, Tutong 1 telah tersenarai dalam pertandingan tersebut mengikut kategori yang di sediakan. Dalam pertandingan ini diadakan tiga kategori iaitu ‘Creativity with paint’ , ‘Working with Word and Excel’ dan ‘ Presentation using Powerpoint.

Murid  tahun 2, 5 dan 6 telah dipilih untuk mengikuti pertandingan ini. Pengunaan “Paint” application program di wakili oleh Md Amir Hamzah dari Tahun 2, Penggunaan “MS Word & Excel” di wakili oleh Amal Naqibah (Tahun 5)  dan “Power Point” di wakili oleh Rewandy Kugi (Tahun 6). Markah keseluruhan yang diperolehi ialah 47.

PERTANDINGAN PERLAWANAN BOLA JARING

Pada tahun ini Sekolah Rendah Lamunin telah dipilih menjadi tuan rumah untuk  mengadakan pertandingan perlawanan bola jaring bagi sekolah –sekolah Tutong 1.  Satu jawatan penyelenggara kejohanan bola jarring telah dibuat untuk memastikan dan memudahkan pelaksanaan pertandigan ini. Ahli – ahli  jawatankuasanya terdiri dari guru-guru dan kakitangan sekolah.

Perlawanan bola jaring ini telah diadakan pada 6, 8 & 10 Rabiuakhir 1430 / 2hb, 4hb & 6hb April 2009. Perlawanan ini telah diadakan di kawasan lapang sekolah ini. Seramai 15 buah sekolah Tutong 1 yang menyertai. Tetamu kehormat ialah Cikgu Hjh. Rusni binti Tunggal, Pegawai Pelajaran Kanan Jabatan Sekolah – Sekolah Daerah Tutong.

Johan bola jaring pada tahun ini bagi sekolah- sekolah Tutong 1 ialah SR Batang Mitus mendapat sebuah trofi dan kalung pingat emas. Naib johan ialah SR Bukit Panggal mendapat kalung pingat perak manakala tempat ketiga  ialah pasukan dari tuan rumah (SR Lamunin), mendapat hadiah saguhati.

Dalam kejohanan bola jaring ini diadakan dua kategori khas iaitu pemain terbaik dan penjaring terbanyak. Nurul Syawani binti Jubahri (SR Bukit Panggal) telah terpilih menjadi pemain terbaik dan Mark Phyryn bte Mark Edy @ Airyn (SR Batang Mitus) terpilih menjadi penjaring terbanyak. Dia ialah pemain GA dengan 17 jaringan.

Alhamdulilah, kejohanan bola jaring ini telah dilaksanakan dengan baik dan lancar.