Sunday, April 10, 2011

SR Lamunin Menjalani Kursus ‘Braille’ 2011.











Isnin, 7hb Februari 2011, Alhamdulillah, SR Lamunin telah pun selamat dan berjaya menjalani kursus ‘Braille’ yang diadakan selama 5 hari berturut-turut. Antara tujuannya ialah supaya guru-guru terdedah dan peka terhadap murid yang kurang upaya; buta dan sebagainya. Ianya juga memberi peluang dan pengalaman yang baru kepada guru-guru.

Banyak aktivit-aktiviti telah pun diadakan contohnya belajar/menulis menggunakan mesin ‘Braille’, tunjukcara bagi menolong murid kurang upaya dan sebagainya.Kursus ini dikendalikan oleh 3 orang tenaga pengajar dari Bahagian Unit Pendidikan Khas, Bandar. SR Lamunin tidak lupa untuk mengucapkan ribuan terima kasih diatas ‘kekarihan’, usaha dan kesudian mereka semasa menjalani kursus ini.

Murid-murid SR Lamunin Yang Mengikuti Perarakan Maulidur Rasul 2011.





Selasa, 15hb Februari 2011, telah terdetik di dalam sejarah dunia Islam tentang lahirnya seorang nabi dan rasul yang mulia iaitu nabi akhir zaman kita. Al-Mustafa dan Al-Amin merupakan antara gelaran baginda.

Nabi Muhammad S.A.W adalah namanya yang disebut di bibir setiap muslimin dan muslimah. Perarakan besar Maulidur Rasul bagi peringkat tutong diadakan di kawasan lapang berdekatan dengan Dewan Seri Kenangan, Tutong.

Di kesibukan dan suasana meriah itu, kelihatan murid-murid SR Lamunin yang tidak mahu ketinggalan meraikan Maulud junjungan besar mereka, Nabi Muhammad S.A.W. Syukur dipanjatkan kehadrat Allah SWT kerana kita masih mempunyai banyak generasi muda yang masih cintakan Allah dan Rasul-Nya.

Perlawanan Bolasepak SR Lamunin VS SR Kiudang, SR Lamunin VS SR Sengkarai 2011.






Isnin, 14hb Februari 2011, dengan semangat dan usaha yang gigih, Alhamdulillah, SR Lamunin telah pun berjaya mengalah SR Kiudang dengan kemenangan tipis 3-2 di dalam pusingan pertama perlawanan bolasepak sekolah-sekolah Tutong I.

Sabtu, 19hb Februari 2011, malang tidak berbau bagi skuad bolasepak sekolah apabila pasukan SR Lamunin dibelasah teruk oleh SR Sengkarai dengan jaringan 7-1 sekali gus mengeluarkan SR Lamunin daripada saingan bolasepak antara sekolah-sekolah Tutong I.

Acara Menaikkan Bendera Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2011.






Isnin, 14hb Februari 2011, Alhamdulillah, SR Lamunin telah pun selamat menjalani acara menaikkan bendera sempena ambutan Hari Kebangsaan yang ke- 21. Acara ini juga diadakan secara serentak di setiap sekolah-sekolah yang berada di Negara Brunei Darussalam.

Antara tujuan acara ini diadakan ialah bagi mengagihkan bendera kepada murid, menanamkan sifat sayang akan bendera Brunei dan juga menanamkan sifat patriotik di kalangan murid dan guru-guru.

‘Best Practice’ SR Lamunin 2011.






Selasa, 8hb Februari 2011, Syukur terhadap Allah Taala, SR Lamunin telah pun memulakan perlaksanaan ‘Best Practice’ bagi subjek Bahasa Melayu. Antara tujuan ‘Best Practice’ ini diadakan ialah untuk mencari bakat murid yang terpendam, mendidik murid untuk persembahan di khalayak ramai dan meningkatkan karisma murid.

Terdapat beberapa murid yang berbakat di dalam bidang seni nyanyian, seni lakonan, pandai berpantun dan lain-lain. Bakat-bakat mereka boleh digilap dan ditingkatkan agar mereka lebih berkeyakinan dan effektif di masa hadapan.

Majlis Perpisahan Bagi Meraikan Bekas Tenaga Pengajar SR Lamunin 2009-2011.






Sabtu, 8hb Januari 2011, SR Lamunin telah pun mengadakan majlis perpisahan bagi meraikan bekas tenaga pengajar sekolah ini iaitu Cg. Saliza, Koo Tin Lan, Cg Kertini dan Ustaz Shahrol.

Majlis diserikan dengan ucapan khas dan terima kasih dari Guru Besar, ucapan dari guru-guru yang diraikan, penyampaian hadiah kenang-kenangan dan bacaan doa selamat. Pihak sekolah lupa untuk mengucapkan ribuan terima kasih diatas jasa dan sumbangan abiscikgu semua.


School Leadership Program (SLP) SR Lamunin 2011.






Rabu, 5hb Januari 2011, Segala puji bagi Allah, tuhan pencipta seluruh alam. SR Lamunin telah pun memulakan perlaksanaan ‘School Leadership Program (SLP)’ bagi subjek Matematik. Objektif ‘School Leadership Program (SLP)’ ini diadakan ialah untuk melatih dan mendedahkan murid kepada ‘Four Operations -, +, x, ÷’.

SLP menyajikan murid dengan pelbagai variasi permainan dan aktiviti yang merangkumi dari tahun 1 ke 6. Diantara permaianan dan aktivitinya ialah ‘Spidergram’, ‘Four Operations Pool’, ‘Tap! Tap!’ dan banyak lagi.


Acara Sukan Ria SR Lamunin 2010.






Maju Sukan Untuk Negara! Inilah slogan dan motto yang telah pun kita pegang di negara kita ini sejak puluhan tahun lagi. SR Lamunin tampil dengan beraninya menyahut cabaran negara dalam meningkatkan prestasi dan mutu sukan dengan mengadakan acara Sukan Ria SR Lamunin pada hari Sabtu, 20hb November 2010.

Banyak permainan yang berunsurkan sukan telah pun disediakan bagi murid-murid dan guru-guru bagi sama-sama menjayakan hari tersebut. Antara kebaikan bersukan ialah ia boleh menyihatkan tubuh badan, menyegarkan minda dan sebagainya.



Kempen Kebersihan SR Lamunin 2010.






Sabtu, 23hb Oktober 2010, SR Lamunin telah pun mengadakan kempen kebersihan dimana semua murid dan guru-guru serta kakitangan sekolah telah melibatkan diri di dalam membersihkan kawasan sekolah dan sekaligus menjayakan kempen ini.



Sambutan Hari Raya SR Lamunin 2010.






Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd! Itulah gemanya suara takbir dan seruan kemenangan diangkasa.Selepas mengharungi cabaran, menahan lapar dan dahaga di bulan Ramadhan. Umat Islam di seluru dunia kini meraikan akan kemenangan mereka dengan mengadakan sambutan Hari Raya di seluruh pelusuk dunia.

SR Lamunin juga tidak lupa untuk mengadakan acara Sambutan Hari Raya pada hari Sabtu, 25hb September 2010. Acara yang gilang-gemilang ini diadakan dan diwarnai dengan pelbagai persembahan iaitu tarian, nyanyian, lakonan dan sebagainya.

Yang paling penting ialah amalan dan budaya meminta maaf dan ampun dan juga memaafkan tidak ketinggalan. Amalan dan budaya ini ialah antara sifat mulia yang ditekan oleh baginda Rasulullah S.A.W yang mengeratkan ikatan silaturrahim dan telah pun kita warisi sejak zaman dahulu lagi.