Friday, July 3, 2009
Majlis Menaikkan Bendera 2009
Dengan itu semua penduduk Mukim Lamunin dialu-alukan hadir ke majlis tersebut,dan guru-guru Sekolah Rendah Lamunin juga di jemput supaya sama-sama meraihkan majlis tersebut.
Tetamu kehormat majlis itu ialah Pg Bakhtiar bin Pg Hj. Ibrahim,Pegawai Pentadbir,Jabatan Daerah Tutong.Majlis bermula sebaik sahaja tetamu kehormat hadir kira- kira pada pukul 11.15 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah oleh iman Haji Abu Bakar bin Hj. Tengah kemudian penyampaian bendera oleh tetamu kehormat kepada penghulu Mukim Lamunin. Majlis menaikkan bendera diiringi dengan lagu kebangsaan. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat dan jemputan dijemput untuk menikmati jamuan.
Monday, June 29, 2009
PERASMIAN SUDUT ASEAN
Pada 15 Rabiulakhir 1430 bersamaan 11hb April 2009 Sekolah Rendah Lamunin telah mengadakan Majlis Perasmian Pembukaan sudut ASEAN. Ia telah dirasmikan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Lamunin, Cikgu Hjh.Nor’aini binti Hj. Ghazali. Objektif utamanya ialah ia dapat mendedahkan dan menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid mengenai maklumat negara- negara ASEAN dan dapat menolong guru-guru dengan menjadikannya sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran. Selain dari pameran di bilik Sudut ASEAN, aktiviti lain juga telah dijalankan seperti kuiz pada waktu pagi mengenai ASEAN.
Sunday, June 28, 2009
TAKLIMAT H1N1
TAKLIMAT H1N1
Taklimat Influenza A (H1N1) untuk guru-guru yang di adakan pada hari Sabtu, 27 Jun 2009 mengenai H1N1 yang pada masa ini semakin meningkat di Negara Brunei Darussalam. Pihak Kementerian Kesihatan Dan Kementerian Pendidikan berkerjasama untuk memantau bagi prosedure setiap sekolah dalam mengenalpasti dan mengelakkan penyebaran jangkitan penyakit Influenza A (H1N1). Tujuan taklimat tersebut adalah persediaan untuk pemeriksaan kesihatan murid-murid yang di jalankan setiap hari yang bermula pada 29 Jun 2009.
Pemeriksaan kesihatan dijalankan dengan memeriksa suhu badan setiap murid menggunakan thermometer yang diagihkan pada setiap sekolah.
INFO.
Jika ada penuntut yang mempunyai tanda-tanda penyakit batuk selsema +/- demam panas :-
- Memakaikan ‘mask’/ penutup mulut kepada penuntut yang sakit.
- Guru-guru menghubungi ibu bapa atau penjaga penuntut.
- Guru-guru kelas akan mengisikan borang ‘influenza A (H1N1) bagi pemeriksaan lanjut. (Borang disediakan oleh Kementerian Kesihatan)
- Menasihatkan ibu bapa atau penjaga untuk membawa anak mereka bagi mendapatkan rawatan segera di pusat-pusat kesihatan yang berdekatan.
Wednesday, June 24, 2009
Pertandingan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya.
Sebanyak 15 buah sekolah menyertai pertandingan ini yang kendalikan bersama oleh Syarikat Minyak Shell dengan kerjasama Majlis Keselamatan Jalan Raya Jalan Raya dan Kementerian Pendidikan. Bagi sekolah –sekolah Tutong 1, pertandingan tersebut diadakan di Sekolah Pengajian, Institut Latihan, Penanjong Garison pada 14hb Mei, 2009.
Tetamu kehormatnya ialah Cikgu Junit bin Hj. Mohammad, PPKD, Tutong 1. Sekolah Rendah Lamunin telah menghantar 3 orang peserta. Peserta yang mengikuti pertandingan ini ialah murid dari tahun 4, 5 dan 6. Sekolah Rendah Muda Hashim, Tutong 1 telah menjadi johan dan mewakili Kawasan Tutong 1 ke pertandingan di Peringkat Negara.
PERTANDINGAN KOIR ANTI DADAH
Koir Anti Dadah yang berlangsung pada 25 Jamadilawal 1430 bersamaan 20 Mei 2009 (Rabu) di Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah . SR Lamunin telah menghantar wakil untuk pertandingan ini seramai 20 orang murid (10 murid perempuan dan 10 orang murid lelaki). Murid-murid yang dipilih untuk mewakili pertandingan tersebut ialah dari Tahun 4 dan 5.
Lagu yang di bawakan pada pertandingan tersebit berjudul “Kerana Mu” yang di cipta sendiri oleh Ckg. Suarddy Erddy Bin Abdullah Larik dari Sekolah Rendah Lamunin sendiri dan di bantu oleh Ckg Farah Alesha Binti Join.
INFORAMA ICT 2009 ( Level 1)
Pertandingan Inforama yang berlangsung di Sekolah Menengah Rimba, Sekolah Rendah Lamunin, Tutong 1 telah tersenarai dalam pertandingan tersebut mengikut kategori yang di sediakan. Dalam pertandingan ini diadakan tiga kategori iaitu ‘Creativity with paint’ , ‘Working with Word and Excel’ dan ‘ Presentation using Powerpoint.
Murid tahun 2, 5 dan 6 telah dipilih untuk mengikuti pertandingan ini. Pengunaan “Paint” application program di wakili oleh Md Amir Hamzah dari Tahun 2, Penggunaan “MS Word & Excel” di wakili oleh Amal Naqibah (Tahun 5) dan “Power Point” di wakili oleh Rewandy Kugi (Tahun 6). Markah keseluruhan yang diperolehi ialah 47.
PERTANDINGAN PERLAWANAN BOLA JARING
Pada tahun ini Sekolah Rendah Lamunin telah dipilih menjadi tuan rumah untuk mengadakan pertandingan perlawanan bola jaring bagi sekolah –sekolah Tutong 1. Satu jawatan penyelenggara kejohanan bola jarring telah dibuat untuk memastikan dan memudahkan pelaksanaan pertandigan ini. Ahli – ahli jawatankuasanya terdiri dari guru-guru dan kakitangan sekolah.
Perlawanan bola jaring ini telah diadakan pada 6, 8 & 10 Rabiuakhir 1430 / 2hb, 4hb & 6hb April 2009. Perlawanan ini telah diadakan di kawasan lapang sekolah ini. Seramai 15 buah sekolah Tutong 1 yang menyertai. Tetamu kehormat ialah Cikgu Hjh. Rusni binti Tunggal, Pegawai Pelajaran Kanan Jabatan Sekolah – Sekolah Daerah Tutong.
Johan bola jaring pada tahun ini bagi sekolah- sekolah Tutong 1 ialah SR Batang Mitus mendapat sebuah trofi dan kalung pingat emas. Naib johan ialah SR Bukit Panggal mendapat kalung pingat perak manakala tempat ketiga ialah pasukan dari tuan rumah (SR Lamunin), mendapat hadiah saguhati.
Dalam kejohanan bola jaring ini diadakan dua kategori khas iaitu pemain terbaik dan penjaring terbanyak. Nurul Syawani binti Jubahri (SR Bukit Panggal) telah terpilih menjadi pemain terbaik dan Mark Phyryn bte Mark Edy @ Airyn (SR Batang Mitus) terpilih menjadi penjaring terbanyak. Dia ialah pemain GA dengan 17 jaringan.
Alhamdulilah, kejohanan bola jaring ini telah dilaksanakan dengan baik dan lancar.